GENAP SEBULAN PEMERGIANMU ,KAWAN :')
Tuesday, May 24, 2016 | 5:19 PM | 0 weird people


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni 24/05/2016 , genap sebulan aku kehilangan seorang kawan. Kawan yang betul-betul baik. Aku kenal arwah masa sem 2. Arwah banyak tolong aku dan kawan-kawan, serius, terlalu banyak. Dari awal sem sampai la ke akhir sem. Arwah lah kawan yang banyak menyumbang ilmu bab komputer, gadget, programming and anything about technology. Yes, he is :')  Aku ni title je budak komputer sains tapi aku x pakar bab2 programing coding dan adik beradik seangkatan dengannya. Arwah ni la banyak ajar. 

Asal pening je nak buat coding ke sistem ke nak format laptop ke repair ke memang arwah laa kami cari. Student2 lain pun kenal arwah disebabkan kepakaran yang arwah ada untuk repair laptop. Kerja arwah asyik ketawa je. Aku dan kawan2 memang suka usik gurau2 arwah and he keeps smile and laugh. Arwah x pernah marah atau keluarkan kata2 yang menyakiti hati kami. Baik betul dia. 

Sangat terasa kehilangannya disebabkan budi arwah yang tidak terbalas. Zaman struggle fyp dulu arwah bantu kami. Dah fyp kena buat something different, which is aku buat aplikasi android. Yang nak menangisnya bukan ade basic langsung pun tapi pergi pilih untuk buat projek tu. haha. Dah x de ilmu sangat, kami terpaksa cari programer sampai ke Kuala Lumpur. Usaha tu kan penting. And you know what, arwah yang tolong guide and bawak kami kesana walaupun arwah x de mengena dengan fyp kami :') Niat arwah hanya untuk menolong tanpa kami minta. Arwah bawak kami ke sana, carikan hotel, guide jalan sebab kami x pernah pergi sendirian tanpa keluarga. Noob sangat. Allah hadirkan arwah untuk bantu kami. Ya Allah. Selama hari kami berada jauh tu arwah sentiasa pastikan kami selamat. Dah macam abang kita dah :') 

Sekarang aku dah habis belajar and kami lama dah x jumpa. Sampai la 20/04/2016, aku dan kawan2 ke kolej untuk urusan hardcover fyp. Arwah nak join kami walaupun arwah x de urusan. Arwah ada bagitahu, "bila agi nok jupe awok mung kan "  Yes, he wants to meet us for the last time :'( Sepanjang hari tu arwah x banyak cakap, aku pun banyak diam. aku pun x tahu kenapa, mungkin sebab dah berbulan2 sangat x berjumpa nak bersembang jadi janggal, nak mengusik arwah macam dulu pun aku rasa segan. Entah kenapa. Arwah bawak kami keluar makan dan tolong belikan tiket balik kami. Hari tu singkat sangat masa, ikutkan nak keluar jalan2 dulu tapi x berkesempatan. Arwah hantar kami untuk tunggu bas dan itu la last kami jumpa arwah :') 

Tanggal 24/04/2016 , aku dapat berita arwah meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya di Lebuhraya Karak. Ya Allah. hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu. Aku kaku. Seluruh badan dah ketar sebab terkejut sangat. Aku menangis. Ya Allah. kuatkan aku. Malam tu lepas maghrib aku ke Kerteh untuk melawat arwah. Aku sempat melihat wajah arwah buat kali terakhir sebelum dikebumikan. 

Tenanglah kamu disana, kawan. :') AL-FATIHAH

SELAMAT TINGAL AHMAD FAISAL BIN MOHD ZAHARI..HILANGMU TIADA GANTI..TERIMA KASIH UNTUK SEMUA BUDI BAIKMU SELAMA INI..TENANGLAH KAMU DISANA..SEMOGA ALLAH TEMPATKAN KAMU DALAM KALANGAN ORANG YANG BERIMAN..AL-FATIHAH



Assalamualaikum. Hii, i drink mocha and i have mustache and who's care?


CURRENTLY : 8 mochalicious 
Semoga keluargaku dibawah lindunganNya sentiasa.


Home
LordLand
si cinonet bersama eyebags besar kedabak | 149cm || 37kg |

"

"