Dugaan yang tak diduga
Friday, December 13, 2013 | 10:57 PM | 0 weird people



Assalamua'laikum.

Lama nya tak update blog ni. hmm.. dh terlalu lama tinggal jadi semua idea kering. kering dan kontang. :'( Life sekarang dah tak sama masa mula2 aktif dalam dunia blog ni. Takpe la. At least kalo aku mati, org still dapat baca blog aku ni. ha ha aa a a a. tak kelako.  -___-

Lagi 2 minggu aku nak final. Final untuk sem 3, tahun ke-2. Tapi aku langsung takde semangat. Uwaaaa! :'( camnorr niii. heeeisshhh! dan aku ditimpa pelbagai ujian dalam masa terdekat ni. Paling latest,banjir yang membuatkan test, quiz , assignment belambak2 lagi seme tertangguh dan terpaksa postpone time study week nanti. Dah x jadi study week la macam tu. Yang paling buat aku trauma , bilik aku di ceroboh masa aku sedang tidur ! Allah! :'(

Meh aku pusing balik waktu tu. Kejadian tu berlaku 25/11/2013-Monday. Waktu dalam lingkungan 5a.m. Malam sebelum kejadian, aku dengan roomate aku tidur awal. Ntah mimpi ape. Agak luarbiasa la sebab sebelum ni pukul 2a.m tu paling awal. Nak kata aku penat memang idokkk la.Dengan roomate aku sekali tidur awal. Pelik. Then , subuh tu dalam pukul 6a.m aku bangun nak solat.Time tu roomate aku 'cuti' so, aku jelaa yang bangun. Aku pegi kt pintu bilik aku tersentap tengok tombol pintu bilik aku x berkunci! Tetibe hati aku rasa x sedap tapi aku buat x kisah. Aku keluar pegi toilet ambil wuduk.Time tu fikiran aku masih tertanya2 ngape pintu bilik tu x berkunci, x kan roomate aku x kunci kot pintu semalam.

Aku masuk bilik semula , solat. Selesai solat, aku naik katil balik nak sambung tidur. Sebelum aku tidur,aku pakai semula stokin. Dah jadi rutin aku tidur pakai stokin. Masa tengah pakai tu aku terpandang charger fon roomate aku dibiarkan terbuka suis tanpa disambung dengan mana2 handphone pun.Tapp! aku tutup suis charger tu, ntah berapa lama laa dibiarkan camtu. emh3. Then, aku raba fon aku. Okay. Ngape takde kat tepi bantal aku erk? Aku dah start meremang bulu roma time tu. Melilau aku cari atas katil. Aku intai bawah katil,celah2, TAKDE! dan memang TAKDE!! :'( Aku cepat2 kejut roomate aku , cakap fon aku hilang. Dia yang tengah lena tidur terus tersentap and terus pandang kat charger fon dia tu. Dia cakap fon dia pun takde! Ya Allah ! Ape nieeee. Rupa2 nya fon roomate aku pun dirembat. Hmm. dan memang ternyata bilik aku dimasuk orang! T______T

REDHA.Tu jer yang mampu aku buat. Dan SYUKUR ALHAMDULILLAH YA ALLAH sebab aku tak diusik pencuri tu walaupun fon aku tu betul2 duk sebelah aku tidur. Pencuri tu jantan  lelaki. Sebab sebelum dia rembat fon aku, budak rumah sebelah dah kena rembat dulu dan dia sempat tolak lelaki tu tapi lelaki tu sempat lari. Absolutely  dia memang berani mati. Tak serik dah nak tertangkap,sambung buat kerja kat tempat lain pulak. huh! Masa tu la dia tahu yang makhluk tu adalah lelaki. Aku macam tak percaya seorang lelaki masuk bilik tengah aku tidur.! Allah! :'(  Dan masa tu aku memang tak sedar kehadiran tak diundang langsung tu! Agak terkilan sebab terlalu lena tidur. Tapi mungkin ada sebab ngape aku tak perlu terjaga masa pencuri tu masuk bilik. Mungkin Allah nak lindung aku dari diapa2 kan dia. Siapa tahu dia boleh buat sesuatu kat aku kalau aku terjaga masa tu. Yer, syukur Ya Allah.  :') and 'rezeki' ko wahai pencuri rembat samsung note II dua bijik sekali!  Marah ni maraaahhhh. ! grrrr! 


Assalamualaikum. Hii, i drink mocha and i have mustache and who's care?


CURRENTLY : 8 mochalicious 
Semoga keluargaku dibawah lindunganNya sentiasa.


Home
LordLand
si cinonet bersama eyebags besar kedabak | 149cm || 37kg |

"

"