[Kisah Benar] Kerana dia seorang Ayah
Friday, January 4, 2013 | 9:34 PM | 3 weird people


Ada seorang bapa datang ke kedai , melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya , "Pakcik, laptop.." , dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, " Nak beli untuk anak ke?" , "Ya, nak beli untuk anak. Dia nak sambung belajar, laptop mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa. Aku biasanya mengesyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus , mahal pakcik. Tapi kalau setakat nak belajar yang ni lah. Samsung , seribu lebih je..". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam , dia membuka mulut. "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..". Pergi dengan suatu  perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan aku duduk di kaunter pelanggan. Dia datang semula ke kedai tapi dengan anak perempuannya. " Yang mana ya yang hari tu , ada lagi tak?". "Yang ni , Samsung hari tu, tapi yang ni stok baru. Harga sama jer. " Aku menyambut soalannya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang ni ok tak dik?" . " Ermm , ok ke nin , murah jer. Karang rosak , susah pulak.." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati. Anaknya seperti menginginkan yang lebih mahal. "Yang Acer ni tak boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambung dengan negosiasi. "Yang Acer berapa boleh murah lagi?". "Yang tu tak dapat dah pakcik,..dah harga kos dah tu.." Aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi. "Dik, nak laptop untuk belajar kan, rasanya kalau yang ni lebih dari cukup. Rosak tak payah fikir sangat. Warenti setahun." . Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya. 

"Ok lah. Yang ni.." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja display, aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar. Aku nampak dompetnya kosong. Habis semua duit  digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula. Dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira, wang aku masukkan dalam cash drawer. "Cukup duit tadi dik?" , "Cukup , terima kasih ya.." Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan. RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya penuh harapan. Aku geram kepada anaknya seperti dia tidak tahu bagaimana ayahnya, hanya tahu meminta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya. Aku perhati sekeping demi sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aminn.. :')

Assalamualaikum. Hii, i drink mocha and i have mustache and who's care?


CURRENTLY : 8 mochalicious 
Semoga keluargaku dibawah lindunganNya sentiasa.


Home
LordLand
si cinonet bersama eyebags besar kedabak | 149cm || 37kg |

"

"