Jgn menghukum melihat keadaan luarannya :)
Monday, January 2, 2012 | 4:34 PM | 4 weird people
Assalamualaikum anda yang baik hati.

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya termenung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.
Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diam je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu."Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!"

 
Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu.Sebenarnya, isteri saya , ibu mereka , baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.”
Kemudian dia sambung : “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.”

Apa yang kita rasa masa tu?Dalam ayat Qur'an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan takwa. :')

Labels:


Assalamualaikum. Hii, i drink mocha and i have mustache and who's care?


CURRENTLY : 8 mochalicious 
Semoga keluargaku dibawah lindunganNya sentiasa.


Home
LordLand
si cinonet bersama eyebags besar kedabak | 149cm || 37kg |

"

"